Keputihan itu apa? Keputihan adalah…
Keputihan terdiri daripada lelehan faraj dan lendir serviks.
Keputihan yang dialami adalah unik pada setiap wanita.
Dan keputihan adalah fungsi badan yang normal untuk
memastikan faraj sihat.
Biasanya, keputihan normal nampak jernih atau putih dan tidak
ada sebarang bau. Tekstur dan jumlah yang keluar
mungkin berbeza-beza – kadang-kadang ia nipis dan berair.
Ada kalanya ia akan berubah lekit dan banyak. Keputihan wanita
akan bertukar-tukar mengikut kesihatan wanita tersebut dan juga hari-hari
yang berlainan sama ada sebelum dan selepas ovulasi.
Mari kita bincang tentang jenis keputihan wanita dan cara untuk
mengenalpasti jika ia normal ataupun tidak.
9 jenis keputihan wanita
Jenis keputihan #1 Keputihan kering
Juga dikenali sebagai hari kering, keputihan yang dialami akan
bertekstur kering, melekit dan menyukarkan penembusan semasa seks.
Vulva anda akan rasa kering dan ini biasanya berlaku
semasa tempoh anda tidak subur iaitu 7 hari sebelum dan
selepas kitaran haid anda.
Peluang untuk hamil semasa tempoh ini juga sangat nipis,
walaupun tidak menggunakan perancang. Tujuan keputihan kering ini ialah
untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
Jenis keputihan #2 Keputihan bak krim
Apabila tahap estrogen dalam badan bertambah, rahim akan
menghasilkan keputihan yang lebih cair dan vulva mungkin akan rasa melekit
ataupun basah.
Anda juga mungkin akan mendapati keputihan yang semakin melekit
dan basah pada bibir faraj semasa tempoh ovulasi dan hari kering. Tempoh ini
biasanya di antara hari ke-7 atau hari ke-11, jika anda mempunyai kitaran 28
hari.
Keputihan ini lebih nipis dan hanya boleh menghalang sperma
lemah dari memasuki rahim.
Jenis keputihan #3 Keputihan seperti putih
telur
Anda mungkin merasakan sensasi basah disebabkan keputihan
seperti putih telur dan ada yang mungkin keluar bergumpal-gumpal.
Ini adalah tanda ovulasi yang baik dan berlaku antara 12 dan 16
hari dalam kitaran 28 hari. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, ini adalah
masa yang baik untuk bersama pasangan!
Jenis keputihan ini akan memberi laluan mudah untuk sperma berkualiti memasuk rahim.
Jenis keputihan #4 Keputihan warna putih
Ini adalah antara jenis keputihan wanita yang normal dan boleh
dilihat pada awal atau akhir kitaran haid bulanan.
Walaubagaimanapun, jika teksturnya seperti lendir tebal seakan
keju dan ada rasa gatal-gatal, ada kemungkinan ia adalah jangkitan yis.
Tanda-tanda jangkitan yang lain termasuklah bau busuk, sakit
punggung dan gatal-gatal yang teruk atau tidak selesa.
Jenis keputihan #5 Keputihan yang licin
Beberapa hari sebelum ovulasi, keputihan anda akan berubah
menjadi licin. Mukus serviks akan menjadi kurang pekat dan menjadi lebih licin.
Fakta menarik: hari terakhir keputihan normal ini sebenarnya
hari anda paling subur dalam bulan itu.
Itu kerana hari terakhir sebelum telur dilepaskan dan keputihan
yang dikeluarkan semasa tempoh subur ini sangat kaya dengan kalium.
Jenis keputihan #6 Keputihan jernih dan sangat
cair
Antara semua jenis keputihan wanita yang dialami, jenis ini
boleh berlaku pada bila-bila masa.
Keputihan ini adalah normal dan sering kelihatan selepas anda
melakukan senaman yang berat.
Jenis keputihan #7 Keputihan warna perang atau
sedikit berdarah
Sebaik saja haid anda berakhir, anda mungkin mengalami keputihan
yang berwarna perang. Jangan risau, ia juga antara jenis keputihan wanita yang
biasa.
Ini adalah cara faraj membersihkan diri selepas datang haid.
Jika anda telah melakukan hubungan seks tanpa perancang dan
mengalami keputihan berwarna perang, ini mungkin tanda kehamilan.
Pendarahan yang bukan haid pula maksudnya keguguran. Jika kurang
pasti, jumpa pakar wanita anda dengan segera dan dapatkan pemeriksaan lengkap.
Tapi untuk wanita yang sudah putus haid ini mungkin tanda kanser serviks. Jadi rajinlah melakukan
ujian Pap Smear tahunan untuk mengelak keraguan itu.
Jenis keputihan #8 Keputihan warna kuning
Keputihan yang berwarna kuning mungkin tanda jangkitan.
Keputihan kuning ini biasanya tebal dan berbau busuk.
Ia juga tanda trichomoniasis, iaitu sejenis penyakit
kelamin. Kebanyakan wanita yang sedang mengalami jangkitan klamidia atau
gonorrhea tidak akan menunjukkan tanda-tanda kecuali keputihan berwarna kuning.
Jadi dapatkan perhatian pakar jika anda mengalami ini.
Jenis keputihan #9 Keputihan warna
hijau
Ini juga antara jenis-jenis keputihan wanita yang tidak normal
dan biasanya tanda jangkitan dalaman yang serius. Sekiranya ia disertai dengan
bau busuk, ia juga tanda penyakit trichomoniasis.
Anda perlu berjumpa pakar wanita dengan segera jika anda
mengalaminya.
***
Setelah melihat jenis-jenis keputihan wanita yang disenaraikan
di sini, kini anda lebih berpengetahuan tentang keputihan yang normal dan yang
tidak normal.
Jika anda sedang mengalami keputihan yang tidak normal jangan
segan untuk berjumpa pakar wanita anda untuk mendapat rawatan.
Jika anda mempunyai masalah keputihan yang tidak normal, kami cadangkan penggunaan Feminine Wash JSD dan Masker Vagina JSD.
Untuk khidmat nasihat dan konsultasi, boleh hubungi +60166421354.
Untuk khidmat nasihat dan konsultasi, boleh hubungi +60166421354.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan